Memaparkan catatan dengan label BEG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BEG. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mac 2013

Assalamualaikum...
Hari siaap jugak bag gemuk untuk jiran adik saya, walaupun agak lambat ...apa boleh buat dengan kudrat yang ada saya berjaya menyudahkan nya...yeeehh..





Sabtu, 2 Februari 2013

Satu lagi pattern untuk tatapan semua simple jer ..siap dengan lining dan zip.






Sabtu, 29 Disember 2012

Big Bottom Bag

Big bottom bag saya siapkan pagi tadi. Bila dah siap bangga tak terkira,kali ini saya guna benang nona jer. Lagi pun nona aje yang ada banyak dengan saya.. entah bila nak boleh dapat benag baru...

Tahun baru 2013 akan datang lagi beberapa jam.Anak yang bersekolah kembali menyibukkan diri membuat persediaan sekolah, dengan baju,buku sampai ler transport nak kesekolah.





Ini adalah crochet saya yang terakhir untuk tahun 2012 ini...Selamat tinggal 2012
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ,semoga tahun 2013 dimurahkan rezeki lagi supaya saya boleh berkarya lagi .

Sabtu, 15 Disember 2012

PENCIL CASE DENGAN LINING

Allhamdulillah siap jugak bag yang di pesan oleh adik saya bulan lepas.Harap dia berpuas hati kerja saya ni..bukan senang nak memasang lining dan zip.Sampaikan Abang tegur pun kena marah,mana tidaknya...saya mesti tumpukan perhatian dengan beg ni,kalau dia asyik nak yang macam-macam ....saya pun naik angin ler...kesian Abang....






Rabu, 11 April 2012



Sebelum berakhirnya tahun 2011 saya dapat juga siapkan beg kait warna coklat ni...lepas ni saya akan terus siapkan pesanan dari alang. Dia nak warna biru muda campur pink kita tengok ler hasilnya...lain sekit dari yang pertama cuma saya ubah cara mencantum.


Setelah sekian lama serta cubaan dan halangan maka siap ler sebiji beg kait. Dua bulan ler jugak nak menyiapkan sebiji beg ni.Hal yang tak dapat dielakan banyak menggangu perjalanan kerja serta tugas harian.Itu ler dinamakan hobi walaupun susah payah mesti di siapkan jugak.Bila dah siap rasa berbaloi jugak walaupun tak secantik orang lain.
Sekarang ni saya sibuk menyiapkan satu lagi beg pesanan makngah kiah warna coklat gelap. Tak lama beg tu siap saya akan masukan dalam blog ni.