BEG KAIT JARUM 1.


Setelah sekian lama serta cubaan dan halangan maka siap ler sebiji beg kait. Dua bulan ler jugak nak menyiapkan sebiji beg ni.Hal yang tak dapat dielakan banyak menggangu perjalanan kerja serta tugas harian.Itu ler dinamakan hobi walaupun susah payah mesti di siapkan jugak.Bila dah siap rasa berbaloi jugak walaupun tak secantik orang lain.
Sekarang ni saya sibuk menyiapkan satu lagi beg pesanan makngah kiah warna coklat gelap. Tak lama beg tu siap saya akan masukan dalam blog ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sebelum berakhirnya tahun 2011 saya dapat juga siapkan beg kait warna coklat ni...lepas ni saya akan terus siapkan pesanan dari alang. Dia nak warna biru muda campur pink kita tengok ler hasilnya...lain sekit dari yang pertama cuma saya ubah cara mencantum.












--------------------------------------------------------------------------------------------------
24 FEB 2012
Semalam beg untuk alang dah siap cantik jugak walaupun ada lagi kelemahan disana sini.Gambar beg dah diambil kamera pilak tak ada dah dibawa Anjang ke tempat kerja....rupanya anjang tunjuk kat kawan dia beg tu apa lagi kekawan dia  sibuk nak tempah....buatkan satu 3 biji sekali gus tak apa saya cuba siapkan dengan cepat tapi saya harap diaorang dapat ler besabar...sebab nak siapkan sebiji pun saya kena beri masa yang banyak...inikan 3 biji ...
CUBA DULU....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan