Kupiah ni saya buat untuk eksperiment jer...tempahan sebenar belum buat lagi.Nak tengok juga apa respon kawan di Fb dan blog.Klau ada apa cadangan sila ler tulis di bahagian komen.
Esok bermulanya Umat Islam menunaikan puasa selama sebulan.Bertapa cepatnya masa berlalu umur pun dah makin meningkat.Pada 29 July ni saya menyambut brithday pada bulan puasa.Tak kisah pun brithday bulan mana yang penting saya sihat walafiat dan bahagia disamping keluarga tercinta.
Malam ni kena tidur awal ler sebab nak kena bangun pagi lagi pun jadual kerja berubah sejam lebih awal...
Apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT RHAMADHAN AL-MUBARAK...
Rabu, 11 Julai 2012
done to delivery
50 pcs
Brooch ni baru aje siap nak dihantar ke rumah Yana...kalau ler habis jual brooch ni bleh ler saya nak beli benang nak buat tempahan kupiah untuk anak-anak Dia pulak..
Isnin, 9 Julai 2012
Bergambar kenangan bersama Sarina(classmate) & Yana ketika di majlis pekhawinan Nazirah semalam.
Dua bulan planing nak ke Genting Highland, maka sampai ler Kami di Puncak Genting pada 28.6.2012.Saya bawa Aiman dan Suami sekali.Tengok ler bertapa nakalnya Aiman sampai berbenjol dahi terjatuh semasa saya sibuk mencari arah nak beli tiket In Door.
Serik rasanya nak bawa Aiman lagi...Apakan daya sebagai Ibu saya redha.
Cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga sempat jugak ke Pulau Pinang.Hajat asal adalah nak memancing..tapi ikan tak nak timbul..So saya hanya sempat ambik gambar jer..Entah bila pulak dapat memancing lagi
di celah batu
Aiman seronok main air laut...sampai tak nak balik
Azren dah nampak macam Afrika man...
sempat jugak naik feri...setelah setengah jam tunggu giliran.
Selamat Hari Bapa...untuk abah,abang, dan semua yang bergelar bapa..saya anggap hari bapa adalah hari untuk memperingati pergorbanan abah...buat abah yang dikasihi selamat hari bapa...saya takkan lupa jasa abah yang dah membesarkan saya sehingga dah bersuami...
Untuk suami..semoga hari yang mendatang kita akan lebih tabah untuk membesarkan anak2 kita.
Rabu, 23 Mei 2012
Assalamualaikum...
Sepanjang minggu dok pikir nak buat topi pesanan dari sepupu saya..pening pun tak abis lagi macam-macam patern tengok dalam fb dan google cari punya cari akhirnya dapat ler satu patern dari you tiub tu pun dalam bahasa francis tak paham sepatah haram pun try punya try maka jadi ler...tadaaaa....
dari belakang
dari sisi
dari hadapan
Selasa, 15 Mei 2012
Topi ni saya siapkan dalam 2 jam semalam... suami dok mengerang kesakitan xdent petang tadi tak tau nak buat per..cuma letak minyak gamat dan minyak panas...kesian abang!!
Kotak tisu dah siap...
Broch ni tempahan dari kawan-kawan terdekat..harga saya letak RM2 saja
Rabu, 9 Mei 2012
SELAMAT HARI IBU......Minggu ni agak sibuk menyiapkan pesanan flower broch dari kawan-kawan.Seronok tengok diaorang pakai di tudung dan di baju masing-masing. Selain flower broch cover tisu pun dalam pencantuman...dah siap saya akan uploadkan dlm blog ni dan facebook.tunggu....
Selasa, 1 Mei 2012
Horee..jarum yang di tunggu2 dah sampai..tq CROCHET IS FUN..
Baru ler ada semangat nak buat project yang lebih bagus..