Sabtu, 5 Oktober 2013

GREEN PROJECT

Assallamualaikum semua...setelah sekian lama saya tidak menulis di sini rindu rasanya nak menulis. Hari ni saya nak mengupdate aktiviti minggu lepas di tempat kerja. Atas dasar rasa tanggung jawab saya dan kawan-kawan kerja berjaya menyiapkan green project yang telah berlangsung di tempat kerja...Smartrac Technologi Kulim Hitech.
Konsep dan syarat diberi penganjur kami...Recycle,Reused And Clean..
Pada mulanya rasa tak puas hati pun ada kerana diberi kawasan belakang tempat kerja. Walau bagaimana pun kami siapkan project ni dengan tekun. Lihatlah hasil dari paip-paip yang terbuang, rack yang terpakai yang dijadikan pagar kawasan projec tini.
Harap semua puas hati...Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama bertungkus lumus selama tiga hari.








Ahad, 28 Julai 2013

Happy Brithday Siti...

Assalamualaikum ...
Happy Brithday ...untuk diri sendiri, semakin hari semakin tua ,saya tak sambut apa-apa perayaan, hanya mengigati kenangan yang lepas dan ambil ikhtibar pekara yang tak sepatutnya dilakukan. Berjanji pada diri sendiri akan menjadikan hidup ini lebih bermkna dan bersyukur kerna diberikan kehidupan sehingga kehari ini.

  

Jumaat, 31 Mei 2013

KNITTING TIME

Mulanya beli benang dan buku dari kedai Cotton House cuma nak belajar knitting. Tak sangka begitu mencabar belajar knitting ni. Dengan bantuan You Tiub dan buku. Setelah beberapa kali cuba dan terus mencuba ,sampai jari pun dah sakit kena cucuk jarum knitting..,cik abang pun dah bagi warning ,maka siap lah jugak swater ni. Nak buat lengan panjang tapi dah beberapa kali try tak boleh cuma ini aje yang mampu.





Ahad, 31 Mac 2013

Assalamualaikum...
Hari siaap jugak bag gemuk untuk jiran adik saya, walaupun agak lambat ...apa boleh buat dengan kudrat yang ada saya berjaya menyudahkan nya...yeeehh..





Sabtu, 2 Februari 2013

Satu lagi pattern untuk tatapan semua simple jer ..siap dengan lining dan zip.






Jumaat, 11 Januari 2013

RUMAH KU

Allhamdullilah...
Bangga bila dapat buat rumah dengan hasil titik peluh sendiri. Ini adalah permulaan untuk pembinaan rumah saya yang tak seberapa. Mungkin pembinaan rumah saya agak perlahan dek kerana buget yang agak kosong   saya ingin mengajak kawan-kawan yang menyaksikan pembinaan rumah saya ini sedikit demi sedikit.Buat permulaan ni saya uploadkan pic permulaan tapak rumah.

1. 10 JAN 2013




Dibawah ni sebahagian gambar rumah ku dalam pembikinan, gambar ni diambil pada 13 Jan 2013. Gambar yang ketiga & keempat  adalah upacara memasang bata yang pertama.Apa macam ada gaya tukang rumah tak.



           Setelah beberapa jam maka terhasil lah macam ni....






Setelah sebulan berkerja keras untuk membuna sebuah rumah idaman. Beginilah hasilnya...emak saya pun turut membantu dalam kerja-kerja pembinaan ni.






Setelah berkerja kuat selama sebulan lebih maka terbina ler istana kami yang tak seberapa.Walaupun baru 30% siap...niat hati nak siapkan Rumahku ni sebelum Aidilfitri tahun ini...kita tengok jerlar...tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja kami sekeluarga.


Assalamualaikum....
Rasanya dah lama saya tak up date blog ni. Dengan kesibukan kerja dan tanggungjawab yang perlu bereskan dengan cepat..setelah beberapa bulan hari ini dapat jugak saya membeli dua tingkap untuk dipasang di bahagian bilik..maka begini ler jadinya.































Sekarang ni saya sedang menggumpul buget untuk membuat bahagian bumbung. Doa-doakan saya sihat walafiat untuk menggumpul buget untuk membina bumbung...sampai berjumpa lagi..










24.5.13
Assalamualaikum...
Semakin hari semakin sibuk dengan kerja-kerja pembinaan.Alhamdullillah dana datang dlam berbagai sudut, dengan kudrat yang ada sekarang ni dah siap hampir 70%.
Gambar yang saya masukkan ni adalah hasil kerja selama 5 bulan.





















Lihatlah bahagian bumbung rumah yang di buat PakMan Tukang, tampa beliau kami tidak dapat menyiapkan bahagian ini..Bahagian bumbung memerlukan kerja dari pakar untuk membuatnya.





























Kan dah gelap,siap pasang bumbung dengan sempurna.























Ini bahagian tingkap , nampak lebih menarik dan pengairan angin yang sempurna.
Ada lagi kerja-kerja yang belum disiapkan ....bersambung hehe

KASUT PINK 2013

Kasut pink ni oder yang pertama bagi tahun 2013. Walaupun agak slow untuk pembukaan tahun ni saya masih ada oder.