Isnin, 8 Oktober 2012

Dari pesanan kasut yang pertama terus dapat pesanan kedua.Allhamdullilah semakin hari semakin bertambah pesanan crochet.Terima kasih semua yang memberi perangsang untuk saya meneruskan kerjaya di bidang crochet ni




Satu lagi kupiah pesanan dari kawan-kawan di tempat kerja. MAIEL...





Rabu, 3 Oktober 2012

BABY HAT

Ini topi baby yang baru saja disiapkan semasa cuti 2 hari ne..
Semalam ada kematian di kampung saya ,sehari tak dapat nak sambung kait penutup tv yang tinggal 20% jer lagi untuk disiapkan.Sebelah malam dah tak ada halangan saya buat topi ni.

Zara



Khamis, 27 September 2012

KASUT

Ini adalah pengalaman pertama saya membuat kasut. Boleh dikatakan sangat mencabar...beberapa kali saya buka dan kait balik.Walaupun susah dapat juga saya siapkan.Ini ler dikatakan cobaannnn....






Lagi pesanan kupiah disiapkan 2 hari lepas.Ini pesanan dari Ibu Saudara sebelah Mak yang pesan diharap Makcik suka dengan kupiah imi.


Ajmal


Rizqin

Sabtu, 15 September 2012

CROCHET TV COVER

Sedia untuk di tempah.Pastikan tempahan awal mengikut saiz yang tempah...
Tv cover ni dah siap 3 hari lalu tapi tak sempat nak ambil gambar.Saya tambahkan juraian benang yang sama color di tepi cover tv ni ...bayangkan hehehe....:)





Jumaat, 14 September 2012

Selasa, 4 September 2012

Dah sampai benang yang di tunggu..walaupun cuma benang nona saya puas hati sebab dengan benang nona ni saya boleh buat bermacam-macam project.



Selasa, 28 Ogos 2012

SARUNG TELUR

Untuk tempahan sila hubungi saya di> szahara@streamyx.com.my atau di fb saya
nyatakan :
Nama
Alamat
No telefon yang boleh dihubungi
Qty yang ingin di pesan
Tempahan awal di galakan.



Pilihan warna.


Ahad, 26 Ogos 2012

KUPIAH & BROOCH CROCHET UNTUK DITEMPAH.

Dengan ini saya akan membuka tempahan kupiah crochet.Tempahan mengikut design yang ada atau memberi patern yang anda ingini...
Hubungi saya di email ..szahara@streamyx.com atau di facebook.            


Kupiah Dewasa / Kanak-Kanak


Kupiah dewasa
kupiah kait
SEPASANG RM 3
SIAP 

Selasa, 21 Ogos 2012

Ni gambar Hari raya tahun  2012 ni tema dah lari sebab baju melayu untuk suami saya hanya dapat warna coklat tapi apa pun kami dapat beraya bersama-sama..kupiah yang saya buat sendiri bangga giler bila dah siap dan dipakai cuma anak yang sulung dan yang kedua tak mahu pakai kupiah sebab diaorang tak nak pakai kupiah kepala diaorang cuma terima songgkok.



Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI 2012..

Tahun ini saya dan keluarga beraya secara sederhana sahaja...adakan yang perlu sahaja.Kuih muih ada buat dan ada yang tempah.Rasa sayang pulak nak meninggalkan Ramadan ni.Entah tahun depan adakah lagi Ramadhan...??Inshaallah...Untuk semua Bloger Selamat Hari Raya Dan yang akan bakil ke kampung berhati-hati di jalan raya..

Khamis, 26 Julai 2012

KUPIAH

Kupiah ni saya buat untuk eksperiment jer...tempahan sebenar belum buat lagi.Nak tengok juga apa respon kawan di Fb dan blog.Klau ada apa cadangan sila ler tulis di bahagian komen.


AIMAN........
DARI ATAS

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Datang Lagi..

Esok bermulanya Umat Islam menunaikan puasa selama sebulan.Bertapa cepatnya masa berlalu umur pun dah makin meningkat.Pada 29 July ni saya menyambut brithday pada bulan puasa.Tak kisah pun brithday bulan mana yang penting saya sihat walafiat dan bahagia disamping keluarga tercinta.
Malam ni kena tidur awal ler sebab nak kena bangun pagi lagi pun jadual kerja berubah sejam lebih awal...
Apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT RHAMADHAN AL-MUBARAK...

Rabu, 11 Julai 2012

done to delivery
50 pcs
Brooch ni baru aje siap nak dihantar ke rumah Yana...kalau ler habis jual brooch ni bleh ler saya nak beli benang nak buat tempahan kupiah untuk anak-anak Dia pulak..

Isnin, 9 Julai 2012

Bergambar kenangan bersama Sarina(classmate) & Yana ketika di majlis pekhawinan Nazirah semalam.

Rabu, 4 Julai 2012

JALAN-JALAN KE GENTING






Dua bulan planing nak ke Genting Highland, maka sampai ler Kami di Puncak Genting pada 28.6.2012.Saya bawa Aiman  dan Suami sekali.Tengok ler bertapa nakalnya Aiman sampai berbenjol dahi terjatuh semasa saya sibuk mencari arah nak beli tiket In Door.
Serik rasanya nak bawa Aiman lagi...Apakan daya sebagai Ibu saya redha.



c
Brooch tempahan coustomer.

Isnin, 25 Jun 2012

Kenangan di Pulau Pinang

Cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga sempat jugak ke Pulau Pinang.Hajat asal adalah nak memancing..tapi ikan tak nak timbul..So saya hanya sempat ambik gambar jer..Entah bila pulak dapat memancing lagi
di celah batu


Aiman seronok main air laut...sampai tak nak balik
Azren dah nampak macam Afrika man...


sempat jugak naik feri...setelah setengah jam tunggu giliran.

Sabtu, 16 Jun 2012

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa...untuk abah,abang, dan semua yang bergelar bapa..saya anggap hari bapa adalah hari untuk memperingati pergorbanan abah...buat abah yang dikasihi selamat hari bapa...saya takkan lupa jasa abah yang dah membesarkan saya sehingga dah bersuami...
Untuk suami..semoga hari yang mendatang kita akan lebih tabah untuk membesarkan anak2 kita.