Selasa, 17 April 2012

Jom joint 2nd GA



Salam...
Saja suka-suka masuk ga ni mana lah tau kan untung sabut timbul untung batu tengelam...

Rabu, 11 April 2012



Sebelum berakhirnya tahun 2011 saya dapat juga siapkan beg kait warna coklat ni...lepas ni saya akan terus siapkan pesanan dari alang. Dia nak warna biru muda campur pink kita tengok ler hasilnya...lain sekit dari yang pertama cuma saya ubah cara mencantum.


Setelah sekian lama serta cubaan dan halangan maka siap ler sebiji beg kait. Dua bulan ler jugak nak menyiapkan sebiji beg ni.Hal yang tak dapat dielakan banyak menggangu perjalanan kerja serta tugas harian.Itu ler dinamakan hobi walaupun susah payah mesti di siapkan jugak.Bila dah siap rasa berbaloi jugak walaupun tak secantik orang lain.
Sekarang ni saya sibuk menyiapkan satu lagi beg pesanan makngah kiah warna coklat gelap. Tak lama beg tu siap saya akan masukan dalam blog ni.

Benang benang


Benang ..baru sampai oder dari fb taka ada edia lagi nak buat apa sementara naka dapat ilham nak kait layan lagu dulu...

BAG BARU JER SIAP...


 

 Alhamdullillah....siap jugak.
Baru siap esok boleh ler saya beri pada Adik Nor..harga pun tak tahu berapa nak letak..
jika ada sesiapa tersinggah di blog saya ni cuba beri cadangan harga pada saya...
Lepas ni ada lagi project beg kait...dan seterusnya..sarung bantal kecil...

Rabu, 4 April 2012

klik di sini untuk terus ke 1st GA.
Semoga saya yang bertuah..untuk menambah hasil kait-mengait yang dah lama saya tinggalkan.Sementara ni pakai ler jarum tulip saja...
Mencabar jugak yer nak tampal url ni...bagi saya yang lembab sikit pasal blog ni akhirnya berjaya jugak...

Sabtu, 24 Mac 2012

[AJL26] Alyah - Kisah Hati

                  
Saya suka sangat lagu ni walau tak menang Juara lagu 2011 hari tu pu tak mengapa yang penting gaya persembahan Aliah dan Remy macam Barbie dan Ken...memang terbaik layan ler...

Setelah berfikir panjang...saya meneruskan hobi yang telah saya tinggalkan(mengait) ni. Memang dah lama tinggalkan kait mengait ni...atas alasan sibuk dengan kerja,sibukgan anak-anak yang semakin membesar.
Dari umur 10 tahun saya belajar kait mengat ni...tu pun belajar asasnya saja...Yang saya tahu buat tudung meja dan tv saja.Rupanya bila dah ada internet ni terbuka ler mata saya...rupanya banyak design crochet yang tak pernah saya tahu...
Selepas ni saya janji pada diri sendiri saya tak akan sia-siakan bakat yang ada. Saya akan mengait dan terus mengait.

Khamis, 8 Mac 2012

Ahad ni kenduri kat rumah Paktih Halim..semalam saya dan yati membuat cup kek untuk masukkan dalam beg buah tangan sebanyak 200 biji. Penat jugak ler nak siapkan 200 biji tu.Sampai ke petang baru ler competed semuanya..Balik dari rumah yati bersihkan diri lepas tu siapkan Aiman terus jahit kain untuk di pakai kat rumah maktih nanti...tadi siap sudah kain tu hanya kena ion sikit biar kemas sikit..
Untuk tempahan mengait kena kurangkan kalau tidak tak ada rehat untuk saya dan Aiman..

Khamis, 1 Mac 2012

Assalamuaalaikum....
Sibuknya hari ni. Buka jer mata dah fikir apa yang nak kena buat dahulu...pagi selepas anak2 ke sekolah kemas rumah dahulu.lepas sarapan dengan nasik goreng siap2 nak ke kedai..tapi Aiman belum bangun...apa lagi terus capai beg mengait kait bunga yang baru belajar semalam.Time tak kerja nilah baru ada masa nak kembang kan bakat yang ada...Tengah hari dah sampai kedai beli benang kait warna hitam dan merah tempahan kawan2 adik Nor...terus beli beg buah tangan untuk kenduri maktih...warna ungu..cantik jugak.Kenduri pundah nak dekat lagi semggu lebih jer persiapan tah ok ke tak?
Petang pulak pihak lelaki dari Kuala ketil datang merisik adik Mida...bagus ler dah nak bertunang lagi pun tak elok dipandangan jiran tertangga macam belangkas jer..dua minggu lagi nak hantar rombongan meminag pulak...lagi satu kerja.

Rabu, 29 Februari 2012

Shukrie aiman dah semakin dewasa dah pandai serba serbi...cakap dah pandai dan banyak cakap...tak tau ler dari mana dia belajar banyak mulut ni tengok sendiri ler aksi ultraman yang buat saya tak senang duduk..
Alhamdullilah..tempahan beg kait bertambah sekarang ni tengah sibuk nak siapkan tempahan member adik Nor. sama ler kita tengok yer apa jadi warna beg hitam merah.