Ahad, 28 Julai 2013

Happy Brithday Siti...

Assalamualaikum ...
Happy Brithday ...untuk diri sendiri, semakin hari semakin tua ,saya tak sambut apa-apa perayaan, hanya mengigati kenangan yang lepas dan ambil ikhtibar pekara yang tak sepatutnya dilakukan. Berjanji pada diri sendiri akan menjadikan hidup ini lebih bermkna dan bersyukur kerna diberikan kehidupan sehingga kehari ini.

  

Jumaat, 31 Mei 2013

KNITTING TIME

Mulanya beli benang dan buku dari kedai Cotton House cuma nak belajar knitting. Tak sangka begitu mencabar belajar knitting ni. Dengan bantuan You Tiub dan buku. Setelah beberapa kali cuba dan terus mencuba ,sampai jari pun dah sakit kena cucuk jarum knitting..,cik abang pun dah bagi warning ,maka siap lah jugak swater ni. Nak buat lengan panjang tapi dah beberapa kali try tak boleh cuma ini aje yang mampu.





Ahad, 31 Mac 2013

Assalamualaikum...
Hari siaap jugak bag gemuk untuk jiran adik saya, walaupun agak lambat ...apa boleh buat dengan kudrat yang ada saya berjaya menyudahkan nya...yeeehh..





Sabtu, 2 Februari 2013

Satu lagi pattern untuk tatapan semua simple jer ..siap dengan lining dan zip.






Jumaat, 11 Januari 2013

RUMAH KU

Allhamdullilah...
Bangga bila dapat buat rumah dengan hasil titik peluh sendiri. Ini adalah permulaan untuk pembinaan rumah saya yang tak seberapa. Mungkin pembinaan rumah saya agak perlahan dek kerana buget yang agak kosong   saya ingin mengajak kawan-kawan yang menyaksikan pembinaan rumah saya ini sedikit demi sedikit.Buat permulaan ni saya uploadkan pic permulaan tapak rumah.

1. 10 JAN 2013




Dibawah ni sebahagian gambar rumah ku dalam pembikinan, gambar ni diambil pada 13 Jan 2013. Gambar yang ketiga & keempat  adalah upacara memasang bata yang pertama.Apa macam ada gaya tukang rumah tak.



           Setelah beberapa jam maka terhasil lah macam ni....






Setelah sebulan berkerja keras untuk membuna sebuah rumah idaman. Beginilah hasilnya...emak saya pun turut membantu dalam kerja-kerja pembinaan ni.






Setelah berkerja kuat selama sebulan lebih maka terbina ler istana kami yang tak seberapa.Walaupun baru 30% siap...niat hati nak siapkan Rumahku ni sebelum Aidilfitri tahun ini...kita tengok jerlar...tak sabar rasanya nak melihat hasil kerja kami sekeluarga.


Assalamualaikum....
Rasanya dah lama saya tak up date blog ni. Dengan kesibukan kerja dan tanggungjawab yang perlu bereskan dengan cepat..setelah beberapa bulan hari ini dapat jugak saya membeli dua tingkap untuk dipasang di bahagian bilik..maka begini ler jadinya.































Sekarang ni saya sedang menggumpul buget untuk membuat bahagian bumbung. Doa-doakan saya sihat walafiat untuk menggumpul buget untuk membina bumbung...sampai berjumpa lagi..










24.5.13
Assalamualaikum...
Semakin hari semakin sibuk dengan kerja-kerja pembinaan.Alhamdullillah dana datang dlam berbagai sudut, dengan kudrat yang ada sekarang ni dah siap hampir 70%.
Gambar yang saya masukkan ni adalah hasil kerja selama 5 bulan.





















Lihatlah bahagian bumbung rumah yang di buat PakMan Tukang, tampa beliau kami tidak dapat menyiapkan bahagian ini..Bahagian bumbung memerlukan kerja dari pakar untuk membuatnya.





























Kan dah gelap,siap pasang bumbung dengan sempurna.























Ini bahagian tingkap , nampak lebih menarik dan pengairan angin yang sempurna.
Ada lagi kerja-kerja yang belum disiapkan ....bersambung hehe

KASUT PINK 2013

Kasut pink ni oder yang pertama bagi tahun 2013. Walaupun agak slow untuk pembukaan tahun ni saya masih ada oder.




Sabtu, 29 Disember 2012

Big Bottom Bag

Big bottom bag saya siapkan pagi tadi. Bila dah siap bangga tak terkira,kali ini saya guna benang nona jer. Lagi pun nona aje yang ada banyak dengan saya.. entah bila nak boleh dapat benag baru...

Tahun baru 2013 akan datang lagi beberapa jam.Anak yang bersekolah kembali menyibukkan diri membuat persediaan sekolah, dengan baju,buku sampai ler transport nak kesekolah.





Ini adalah crochet saya yang terakhir untuk tahun 2012 ini...Selamat tinggal 2012
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ,semoga tahun 2013 dimurahkan rezeki lagi supaya saya boleh berkarya lagi .

Sabtu, 15 Disember 2012

PENCIL CASE DENGAN LINING

Allhamdulillah siap jugak bag yang di pesan oleh adik saya bulan lepas.Harap dia berpuas hati kerja saya ni..bukan senang nak memasang lining dan zip.Sampaikan Abang tegur pun kena marah,mana tidaknya...saya mesti tumpukan perhatian dengan beg ni,kalau dia asyik nak yang macam-macam ....saya pun naik angin ler...kesian Abang....






Isnin, 3 Disember 2012

Layan


Layan lagu ni...begitu mendalam maksudnya, lagu ketuhanan buat saya begitu insaf bertapa kecil diri ini jika nak dibandingkan dengan Pencipta kita Ya Allah....



Sabtu, 24 November 2012

KUPIAH LAGI

Yang ni kupiah pesanan dari jiran dan saudara mara saya. Ada satu lagi yang belum saya up load,di sebabkan oleh kesibukan dengan kerja yang baru ni...




Jumaat, 19 Oktober 2012

Topi ni pulak pesanan dari jiran yang tergoda dengan hasil topi baby yang bernama tapi dia nak yang berjalur...maka ini ler hasilnya.





Siap jugak set baby untuk kawan fb yang dari Johor ni.Rasanya sebelum raya Korban boleh ler hantar..

Set 1


Set 2


Set 3

Jumaat, 12 Oktober 2012

Alhamdullillah bertambah lagi rezeki saya ...yang ini kasut baby pesanan dari Johor...suka tak??


      



yang ketiga masih dlam pembikinan bukan senang nak dapat saiz yang tepat....coming soon topi baby yang akan di pasangkan dengan kasut ni...bersabar yer dah siap saya akan uploadkan dalam blog nie...






Isnin, 8 Oktober 2012

JAKET ...

Jaket ni separuh siap,tinggal sikit lagi untuk siap benang pulak habis..jadi dah tergendala.Saya harap satu hari nanti saya akan siapkan sepenuhnya.Aiman macam seronok sangat pakai jaket baru ni.




Dari pesanan kasut yang pertama terus dapat pesanan kedua.Allhamdullilah semakin hari semakin bertambah pesanan crochet.Terima kasih semua yang memberi perangsang untuk saya meneruskan kerjaya di bidang crochet ni




Satu lagi kupiah pesanan dari kawan-kawan di tempat kerja. MAIEL...