Khamis, 1 Mac 2012

Assalamuaalaikum....
Sibuknya hari ni. Buka jer mata dah fikir apa yang nak kena buat dahulu...pagi selepas anak2 ke sekolah kemas rumah dahulu.lepas sarapan dengan nasik goreng siap2 nak ke kedai..tapi Aiman belum bangun...apa lagi terus capai beg mengait kait bunga yang baru belajar semalam.Time tak kerja nilah baru ada masa nak kembang kan bakat yang ada...Tengah hari dah sampai kedai beli benang kait warna hitam dan merah tempahan kawan2 adik Nor...terus beli beg buah tangan untuk kenduri maktih...warna ungu..cantik jugak.Kenduri pundah nak dekat lagi semggu lebih jer persiapan tah ok ke tak?
Petang pulak pihak lelaki dari Kuala ketil datang merisik adik Mida...bagus ler dah nak bertunang lagi pun tak elok dipandangan jiran tertangga macam belangkas jer..dua minggu lagi nak hantar rombongan meminag pulak...lagi satu kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan